Jun 13, 2016

Introduksi  selaman scuba

                Menyelam scuba adalah salah satu sukan rekriasi atau aktiviti ekstrim yang masih dianggap baru dalam masyarakat kita. Ramai yang tertanya-tanya dan mencari maklumat tentang penyelaman Scuba dan cara untuk medapatkan lesen dan mengabaikan asas apa yang akan dilalui untuk mendapatkannya.

                Kebiasaannya aktiviti menyelam Scuba pada masa kini banyak tertumpu kepada explorasi dasar laut antaranya melihat permandangan taman laut dan terumbu karang yang jarang-jarang kita lihat dalam kehidupan seharian. Selain itu aktiviti menyelam scuba juga boleh menambah  satu lagi slot aktiviti ketika melancong lain dari kebiasaan. Ini menjadikan lawatan anda ke pulau-pulau yang memiliki pantai dan laut yang indah lebih bermakna.


Pengenalan SCUBA

 Perkataan SCUBA adalah singkatan bagi Self Contained Underwater Breathing Apparatus. Selaman Scuba pula adalah cara menyelam di bawah air dimana seorang penyelam scuba menggunakan peralatan serba lengkap (SCUBA) untuk bernafas dalam air lebih lama. Namun, jika ingin menggunakan peralatan khas ini, anda perlulah menjalani latihan khas dan memiliki lesen menyelam supaya ianya lebih menjamin keselamatan diri disamping memahirkan diri dengan alat sokongan pernafasan dalam air ini.

                Untuk memiliki lessen Open Water Diver tidak la semudah yang disangkakan, namun jika sesiapa yang memiliki pengalaman dan sudi berkongsi tip, mungkin akan lebih membantu dalam ujuan-ujian untuk lulus sebagai Open Water Diver. Tips yang saya akan berikan ini adalah berdasarkan pengalaman yang saya lalui sepanjang kerier saya sebagai seorang penyelam.


Asas berenang.

Bagi sesiapa yang “0” berenang, anda perlu mempelajari sedikit teknik asas berenang yang betul dari seseorang yang pandai berenang, ini penting supaya anda tidak berterusan belajar teknik berenang dengan imaginasi anda. Jangan target terus nak jadi pro, sekadar boleh selamatkan diri sendiri ke tebing sudah memadai. Seterusnya lakukan latihan berterusan sehingga anda boleh boleh selesa dengan air. Suatu masa, anda tidak akan sedar anda dah jadi pro.


Mengatasi panic pada air

Hidung dan mulut adalah pintu masuk nafas anda. Kalau air masuk melalui mulut ia tidak menjadi masalah tetapi sebaliknya jika ia memasuki hidung, perasaan panic akan mula timbul. Jadi untuk mengatasinya, cuba menarik nafas melalui mulut selama 1 saat di permukaan dan hembus perlahan-lahan melalui hidung selama 3-4 saat di dalam air. Ulang berkali-kali. Jika anda mampu menghembus nafas sehingga 5 saat, perasaan anda akan lebih selesa. Mahirkan diri dalam teknik ini untuk menambahkan tahap water confident anda.


Teknik pengapungan badan.

Bermula dengan kawalan pernafasan yang betul dan teknik renangan yang tidak kelam kabut. Anda perlu bertenang dan tarik hembus nafas dengan perlahan-lahan. Ini adalah kerana udara yang masuk ke paru-paru sedikit sebanyak membantu anda untuk mengapung. Kedudukan renangan mendatar atau meniarap juga boleh membantu selain teknik mendongak telentang. Jika anda dalam kedudukan menegak, anda pasti cepat penat dan mudah tenggelam. Sesetengah orang susah nak tengelam pun ada.












Snorkelling

Nak main peralatan SCUBA kenalah bermula dengan snorkelling. Disini anda boleh belajar teknik imbangan badan, kemahiran menggunakan face mask, kemahiran bernafas melalui mulut, berlatih teknik kayuhan kaki dan sebagainya.



Pengetahuan asas mengenai peralatan scuba




Peralatan asas Scuba perlulah anda ketahui terlebih dahulu untuk mendapatkan gambaran awal cara penggunaan serta fungsinya. Ini akan membantu anda memahami lebih cepat ketika proses pembelajaran nanti. Disini Akim sediakan link untuk anda:


 Ini adalah antara tips2 persediaan asas yang anda boleh cuba sebelum pergi mendapatkan lesen menyelam scuba. Sekurang-kurangnya level confident tu ada lah sikit dari terbuang duit hanya sekadar dapat lesen Scuba Diver, bukan Open Water Diver.